Skip to main content

Dunia

M'sia akan buat tempahan awal vaksin COVID-19 selepas Kementerian Kesihatan lulus

Kerajaan Malaysia akan mula membuat tempahan awal vaksin COVID-19 menerusi peruntukan berjumlah lebih RM3 bilion (S$979 juta) dalam Belanjawan 2021, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia akan buat tempahan awal vaksin COVID-19 selepas Kementerian Kesihatan lulus

Seorang individu mendapatkan suntikan vaksin terhadap COVID-19 daripada firma bioteknologi Jerman. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 07 Nov 2020 05:11PM Dikemas Kini : 07 Nov 2020 05:12PM

SEREMBAN: Kerajaan Malaysia akan mula membuat tempahan awal vaksin COVID-19 menerusi peruntukan berjumlah lebih RM3 bilion (S$979 juta) dalam Belanjawan 2021, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pihaknya yakin peruntukan itu mencukupi bagi membuat tempahan awal vaksin berkenaan yang dianggarkan diperoleh suku pertama tahun depan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita akan mula buat tempahan awal kepada vaksin yang sedang dibangunkan itu. Saya jangka dalam tempoh sebulan dua ini kita akan dapatkan maklumat keberkesanan vaksin itu daripada KKM," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan terjejas banjir hari ini (7 Nov).

Encik Khairy merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sewaktu membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat (6 Nov) berkata kerajaan komited mendapatkan sumber vaksin COVID-19 antaranya melalui penyertaan Program COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX) dengan jangkaan kos bekalan vaksin melebihi RM3 billion (S$979 juta).

Dalam pada itu, Encik Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menyifatkan peruntukan RM400 juta (S$130.6 juta) untuk penyelidikan dan pembangunan bagi menyokong perkembangan sains dan teknologi adalah penting untuk mengkomersilkan produk ciptaan negara dan teknologi tempatan.

“Kita tak mahu hanya bergantung kepada teknologi luar negara yang mana melibatkan kos pembelian yang agak tinggi, jadi dengan adanya dana yang besar ini, ia akan ditumpukan pada penyelidikan produk dan teknologi dalam negara,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita