Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia akan buat keputusan berhubung penerbangan Firefly ke S'pura 'tidak lama lagi'

Kerajaan Malaysia akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi mengenai penggantungan perkhidmatan penerbangan Firefly ke Singapura sejak Disember tahun lalu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada Ahad (31 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia akan buat keputusan berhubung penerbangan Firefly ke S'pura 'tidak lama lagi'

Gambar fail pesawat Firefly.

Diterbitkan : 01 Apr 2019 07:36AM Dikemas Kini : 01 Apr 2019 07:39AM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi mengenai penggantungan perkhidmatan penerbangan Firefly ke Singapura sejak Disember tahun lalu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada Ahad (31 Mac).

Beliau berkata pihaknya masih dalam proses memuktamadkan butiran mengenai perkara itu.

Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines, menggantung penerbangan ke Singapura bermula 1 Disember lalu sehingga pihak berkuasa menyelesaikan perkara berkaitan dengan rancangan pihak berkuasa Singapura untuk memindahkan operasi pesawat turbo-prop dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ke Seletar.

"Kami harap syarikat penerbangan itu boleh menyambung semula perkhidmatan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kad Diskaun Xtra20 Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter oleh Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, semalam (31 Mac).

Sebelum ini, Firefly mengadakan 20 penerbangan ke Singapura dari Subang, Ipoh dan Kuantan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan