Lulusan SPM dengan masalah jantung berlubang kendali perniagaan nasi lemak
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA KANGSAR: Ketika kebanyakan remaja meluangkan waktu pagi mereka melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan bersama rakan-rakan, Ahmad Awaluddin Idris mempunyai rutin yang berbeza.
Anak yatim piatu 18 tahun yang menghidapi masalah jantung berlubang dan saluran pernafasan tidak normal, dia menghabiskan masanya untuk memasak dan menjual nasi lemak setiap pagi.
Dibantu oleh makciknya, Surani Ariffin, yang juga dikenali sebagai Mak Yang, serta sepupunya, Ahmad Awaluddin, beliau menyediakan hidangan tradisional itu, lapor Harian Metro.
Selepas kehilangan ibunya akibat jangkitan paru-paru pada usia 10 tahun dan bapanya ketika berumur dua tahun, dia dijaga oleh makciknya.
Cik Surani, yang merupakan ibu kepada dua orang anak, meraih pendapatan dengan mengendalikan kedai makan yang kecil di hadapan rumahnya.
Ahmad Awaluddin sudah membantu perniagaannya sejak dia berusia 12 tahun.
"Namun, sejak kemalangan yang mengakibatkan kakinya patah, Mak Yang tidak dapat bekerja seperti dahulu."
"Untuk menyara kehidupan kami, saya mengambil keputusan untuk mengambil alih dan memasak setiap pagi, walaupun saya ada pemeriksaan kesihatan di Hospital Pulau Pinang setiap dua hingga enam bulan."
"Sebelum ini kami menjual makanan di hadapan rumah kami, tetapi baru-baru ini saya menjual berdekatan stesen minyak," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi.
Keluarga itu kini menetap di Rumah Awam Fasa 1 di Padang Rengas.
Walaupun Ahmad Awaluddin lulus kesemua mata pelajarannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia memilih untuk mengejar bidang keusahawanan daripada meneruskan pengajiannya di peringkat tinggi.
Ahmad Awaluddin bangun seawal pukul 3.00 pagi dan menyediakan sekitar 150 bungkus nasi lemak setiap pagi dan menjualnya pada harga RM1.20 (S$0.35) setiap bungkus.
"Saya ingin meneruskan perniagaan Mak Yang. Saya mempunyai minat dalam perniagaan juga," kata Ahmad Awaluddin.
"Mak Yang telah menjaga saya dengan baik, dan saya ingin membalas kebaikannya."

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.