Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS lulus vaksin Pfizer & Moderna buat kanak-kanak bawah 5 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
AS lulus vaksin Pfizer & Moderna buat kanak-kanak bawah 5 tahun

Seorang jururawat bersiap sedia untuk menyuntik pesakit dengan vaksin COVID-19(Gambar: AFP/File/Joseph Prezioso)

Diterbitkan : 18 Jun 2022 08:22AM Dikemas Kini : 18 Jun 2022 08:22AM
WASHINGTON: Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 Pfizer dan Moderna untuk kanak-kanak paling kecil, iaitu kumpulan umur terakhir yang menunggu untuk menerima suntikan di kebanyakan negara.

FDA meluluskan dua dos suntikan vaksin Moderna untuk kanak-kanak enam bulan hingga lima tahun manakala tiga dos suntikan vaksin Pfizer bagi kanak-kanak berumur antara enam bulan dengan empat tahun.

"Hari ini merupakan hari yang sangat melegakan untuk ibu bapa dan keluarga di seluruh Amerika," kata Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan media. Beliau menambah bahawa pemberian vaksin kepada kanak-kanak kecil akan membantu "negara kita terus maju ke hadapan dengan selamat."

Ketua FDA, Rober Califf, turut mengalu-alukan keputusan tersebut kerana "vaksin untuk kanak-kanak lebih kecil akan memberikan perlindungan daripada kesan teruk COVID-19 seperti perlu masuk ke hospital dan kematian."

Pfizer mengumumkan pihaknya merancang untuk membuat permohonan serupa kepada pengawal selia lain di merata dunia, termasuk Agensi Perubatan Eropah (EMA) pada awal Julai.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) kini harus mengesyorkan vaksin tersebut sebelum ia digunakan di Amerika Syarikat.

Namun pemerintah juga menyatakan bahawa sebaik sahaja keputusan FDA diumumkan, 10 juta dos boleh segera dihantar ke seluruh negara, diikuti oleh jutaan lagi dalam minggu-minggu berikutnya.
Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa