Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS lulus jualan peluru berpandu canggih udara-ke-udara kepada Arab Saudi

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis (4 Nov) meluluskan penjualan peluru berpandu 'udara ke udara' bernilai AS$650 juta (S$878 juta) kepada Arab Saudi untuk membantu  melindungi negara itu daripada serangan dron.

Anggaran Waktu Membaca:
AS lulus jualan peluru berpandu canggih udara-ke-udara kepada Arab Saudi

Seorang pengawal memegang bendera Arab Saudi pada 29 Ogos 2019 di Washington, D.C. (Gambar: Brendan Smialowski / AFP)

Diterbitkan : 05 Nov 2021 01:15PM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 01:29PM

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis (4 Nov) meluluskan penjualan peluru berpandu 'udara ke udara' bernilai AS$650 juta (S$878 juta) kepada Arab Saudi untuk membantu melindungi negara itu daripada serangan dron.

Kelulusan berkenaan membolehkan Arab Saudi membeli sehingga 280 peluru berpandu canggih jarak sederhana AIM-120C serta peralatan berkaitan, selain ia turut membenarkan negara itu menambah bekalan peluru sedia ada.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Arab Saudi sebelum ini sudah menggunakan peluru berpandu untuk memintas pesawat tanpa pemandu yang mengancam tentera Arab Saudi dan AS di dalam negara, terutama dari Yaman.

"Kami melihat ada peningkatan serangan rentas sempadan terhadap Arab Saudi sepanjang tahun lalu," kata jurucakap itu.

Arab Saudi mengetuai perjuangan menentang pemberontak Houthi di Yaman, ketika ini yang disokong Iran.

Pegawai AS berkata Iran membekalkan dron dan teknologi berkaitannya kepada Yaman.

Penjualan dron kepada Saudi itu dibuat ketika pentadbiran Presiden Joe Biden mengambil pendekatan berhati-hati dalam menyokong Arab Saudi berikutan kebimbangan taktik keras mereka terhadap Houthi serta pencabulan hak asasi manusia.

Jurucakap Jabatan Negara itu menegaskan peluru berpandu tersebut tidak boleh digunakan terhadap sasaran di darat.

Kata pegawai itu, jualan peluru berpandu tersebut "konsisten sepenuhnya dengan ikrar pentadbiran untuk melakukan usaha diplomasi bagi menamatkan konflik di Yaman selain memastikan Arab Saudi dapat mempertahankan negaranya daripada serangan udara Houti."

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan