Lubnan siasat pelancaran roket dari selatan negara ke arah Israel
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP)
KAHERAH: Pemangku Perdana Menteri Lubnan Najib Azmi Mikati pada Khamis (6 Apr) berkata Beirut mengecam pelancaran roket dari selatan negara itu ke arah Israel.
Tentera Lubnan dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang menyiasat insiden itu, lapor Sputnik.
Pada Khamis, Angkatan Pertahanan Israel mengesahkan 34 roket telah dilancarkan dari wilayah Lubnan ke utara Israel, dengan 25 daripadanya berjaya dipintas.
Tentera Israel menuduh kumpulan Palestin terbabit dalam serangan itu, yang berlaku sehari selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis - salah satu tapak paling suci Islam - dan bertempur dengan rakyat Palestin serta menangkap ratusan orang.
Serbuan itu dikecam dunia Arab.
"Lubnan secara mutlak menolak sebarang peningkatan tindakan ketenteraan dari wilayahnya serta penggunaan wilayah Lubnan untuk operasi yang boleh membawa kepada ketidakstabilan," kata Encik Mikati semasa pertemuan dengan Menteri Pertahanan Itali Guido Crosetto, seperti yang dipetik oleh pejabatnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pihak berkuasa Lubnan mengutuk pelancaran roket dari selatan negara itu, dan tentera serta pasukan UNIFIL kini meningkatkan siasatan mereka.
Perdana Menteri itu berkata semua pasukan yang beroperasi di selatan negara berkenaan memberitahu Beirut bahawa mereka mengutuk pelancaran roket itu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.