Lubnan pilih presiden baharu, gesa dasar pertahanan menyeluruh hadapi serangan Israel
Anggaran Waktu Membaca:
BEIRUT: Parlimen Lubnan memilih ketua tentera, Jeneral Joseph Aoun, sebagai ketua negara itu pada Khamis (9 Jan), sekali gus menamatkan lebih dua tahun kekosongan politik sejak Presiden Michel Aoun meninggalkan jawatannya pada Oktober 2022.
Jeneral Aoun, yang genap 61 tahun pada Jumaat, tiba di parlimen untuk mengangkat sumpah jawatan dengan tepukan gemuruh, memakai sut gelap dan tali leher biru dan bukannya pakaian seragam tenteranya yang biasa.
“Hari ini, fasa baharu dalam sejarah Lubnan bermula,” katanya kepada dewan.
Jeneral Aoun menghadapi tugas berat untuk menyelia gencatan senjata yang rapuh di selatan Lubnan dan menamakan seorang perdana menteri yang mampu melaksanakan pembaharuan yang dituntut oleh pemiutang antarabangsa sebagai balasan untuk untuk membantu negara yang dilanda perang itu keluar daripada krisis kewangan.
Menurutnya, beliau akan berunding dengan parlimen secepat mungkin untuk menamakan perdana menteri baharu.
"Saya mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan," kata Presiden Aoun dalam ucapan perasmiannya di Parlimen.
Beliau turut berjanji untuk membina semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel, termasuk selatan Lubnan, wilayah Bekaa, pinggir selatan Beirut dan kawasan lain yang terjejas di seluruh negara.
"Sebagai Panglima Angkatan Tentera, saya menegaskan hak eksklusif negeri untuk memegang senjata," katanya, menegaskan komitmennya untuk menegakkan kedaulatan negeri.
Mengenai hubungan dengan Syria, Presiden Aoun berkata: "Kami mempunyai peluang untuk memulakan dialog serius dengan Syria dan membina hubungan yang sihat antara kedua-dua negara."
Beliau menekankan beberapa topik penting, termasuk "penghormatan terhadap kedaulatan dan kemerdekaan kedua-dua negara, menjamin keselamatan sempadan dalam kedua-dua arah, tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman masing-masing dan isu orang hilang."
Presiden Aoun dilihat secara meluas sebagai pilihan Amerika Syarikat serta Arab Saudi.
Presiden Joe Biden berkata Jeneral Aoun adalah "pemimpin yang tepat" yang akan memberikan "kepimpinan kritikal" dalam menyelia gencatan senjata Israel-Hezbollah.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Babgsa Bersatu (PBB) menekankan keperluan untuk "institusi negara berfungsi sepenuhnya" bagi menangani cabaran Lubnan, manakala Setiausaha Agung Antonio Guterres menggalakkan "pembentukan pantas pemerintah baharu", kata jurucakapnya.
Ketua Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen memuji pemilihan Jeneral Aoun sebagai "detik harapan", manakala Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata ia membuka jalan untuk "pembaharuan dan pemulihan kedaulatan dan kemakmuran Lubnan".
Dalam panggilan telefon dengan Jeneral Aoun, Presiden Macron berkata beliau akan melawat Lubnan "tidak lama lagi", kata jawatan presiden Perancis.
Tekanan antarabangsa telah meningkat menjelang pengundian, dengan hanya tinggal 17 hari lagi untuk menyelesaikan pelaksanaan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah.
Duta Amerika, Saudi dan Perancis melawat Beirut menjelang pemilihan itu, manakala utusan Perancis Jean-Yves Le Drian menghadiri pengundian pada Khamis.

Sumber : Reuters/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.