Lubnan mansuhkan hukuman mati, ganti dengan penjara seumur hidup
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Joe Raedle)
- Parlimen Lubnan meluluskan pemansuhan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara seumur hidup dengan kerja berat, menjadikan Lubnan negara Arab pertama mengambil langkah ini.
- Undang-undang ini diluluskan pada 11 Ogos dengan majoriti anggota Parlimen, walaupun mendapat tentangan daripada blok Hezbollah.
- Cadangan asal oleh Abdul Rahman al-Bizri dipinda sebelum diluluskan, dengan hukuman berbeza mengikut tarikh kesalahan dilakukan.
- Pemansuhan ini hasil kempen bertahun-tahun oleh pertubuhan hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa yang menuntut reformasi sistem keadilan jenayah Lubnan.
BEIRUT: Dalam perubahan bersejarah terhadap sistem perundangan jenayah Lubnan, Parlimen negara itu pada Selasa (11 Ogos) meluluskan undang-undang memansuhkan hukuman mati dan menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) menukil Agensi Berita Negara (NNA) yang dikendalikan pemerintah.
Pengundian itu menjadikan Lubnan negara Arab pertama yang secara rasmi memansuhkan hukuman mati.
Menteri Kehakiman Adel Nassar yang menghadiri persidangan Parlimen menyifatkan pengundian itu sebagai “langkah bersejarah” bagi Lubnan.
Langkah berkenaan diluluskan dengan majoriti daripada 128 anggota Parlimen, walaupun blok parlimen Hezbollah menentangnya, menurut sumber Parlimen. Rang undang-undang itu, yang dikemukakan kepada Parlimen pada Oktober 2025, mendapat sokongan tujuh anggota Parlimen daripada pelbagai blok.
Cadangan yang dikemukakan oleh Anggota Parlimen (AP) Abdul Rahman al-Bizri itu dipinda sebelum diluluskan. Di bawah undang-undang yang dipinda, jenayah yang dilakukan sebelum undang-undang itu berkuat kuasa akan dihukum penjara seumur hidup manakala kesalahan yang dilakukan selepas ia berkuat kuasa akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan hukuman lebih berat, lapor NNA.
Pemansuhan itu menyusuli kempen bertahun-tahun oleh pertubuhan hak asasi manusia Lubnan dan antarabangsa. Human Rights Watch pada Julai menggesa Parlimen meluluskan undang-undang berkenaan, dengan menyatakan Lubnan perlu menamatkan secara rasmi amalan mengekalkan hukuman mati yang sudah lama dilaksanakan walaupun terdapat moratorium tidak rasmi terhadap pelaksanaan hukuman mati sejak 2004.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Negara Lubnan juga berulang kali menggesa pemansuhan hukuman mati. Pada Jun, suruhanjaya itu mengalu-alukan kemajuan terhadap rang undang-undang berkenaan dan menggesa para AP menghapuskan hukuman mati serta hukuman kerja buruh daripada perundangan Lubnan, dengan alasan bahawa hukuman perlu menghormati maruah manusia dan bertujuan memulihkan pesalah.

Sumber : Bernama/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.