Lubnan larang alat kelui, 'walkie-talkie' dalam penerbangan susulan insiden letupan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
BEIRUT: Direktorat Umum Penerbangan Awam Lubnan pada Khamis (19 Sep) melarang alat kelui dan 'walkie-talkie' dalam penerbangan, sehari selepas dua gelombang letupan peranti berlaku di seluruh negara itu.
Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dan 3,250 lagi cedera pada Selasa dan Rabu dalam letupan yang menyasarkan ribuan peranti komunikasi tanpa wayar di seluruh negara, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan, direktorat itu berkata, ia telah mengarahkan syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Rafic Hariri untuk memaklumkan kepada penumpang bahawa alat kelui dan 'walkie-talkie' dilarang dalam penerbangan.
Larangan itu dikenakan ke atas bagasi yang didaftar masuk dan barangan dibawa masuk ke dalam kabin, dan pihak berkuasa memberi amaran bahawa mana-mana peranti sebegitu akan dirampas.
Kumpulan Hezbollah di Lubnan mendakwa, Israel berada di sebalik letupan peranti berkenaan dan berikrar akan membalas dendam.
Tiada sebarang komen daripada Israel mengenai letupan itu, yang berlaku di tengah-tengah peningkatan serangan rentas sempadan antara Israel dan Hezbollah sejak serangan maut Israel ke atas Carikan Gaza, yang telah mengorbankan hampir 41,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak 7 Oktober lepas.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.