Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lubang benam sedalam satu meter dikesan di depan kompleks VIP KLIA

Anggaran Waktu Membaca:
Lubang benam sedalam satu meter dikesan di depan kompleks VIP KLIA

Gambar: Kementerian Kerja Raya Malaysia/Facebook

SEPANG: Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Rabu pagi (25 Sep), lapor Astro Awani.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang dalam satu kenyataan memaklumkan jalan di sekitar lubang tersebut masih boleh digunakan namun lokasi yang benar-benar hampir sudah ditutup.

Menurutnya, anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter, seperti dipetik daripada laporan Astro Awani.

Tambah kenyataan itu lagi, pemeriksaan di tapak mendapati terdapat satu lurang kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam.

Pihak JKR turut mengesyaki kebocoran paip di lurang kumbahan menjadi punca terbentuknya lubang benam tersebut, menurut Astro Awani.

“JKR telah melakukan beberapa tindakan seperti melaporkan kejadian kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“JKR juga melakukan pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) oleh pihak MAHB.

“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan pihak JKR & Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak MAHB,” menurut kenyataan tersebut, lapor Astro Awani.

Punca kejadian masih dalam siasatan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan