Skip to main content

Dunia

Luar biasa! pasangan doktor veterinar rai hari bahagia bersama 1,300 ekor kucing

Anggaran Waktu Membaca:
PERLIS: Tidak seperti kebanyakan pasangan mempelai yang memilih lokasi seperti hotel, taman rekreasi, tepi pantai dan sebagainya, sebuah pasangan doktor veterinar mencipta saat indah bersama si comel untuk dikenang hingga ke anak cucu.

Pasangan doktor veterinar itu memilih pusat jagaan kucing jalanan sebagai latar belakang gambar perkahwinan mereka, lapor Sinar Plus.

Kedua-duanya merupakan kaki tangan Bustana Kucing dan berkhidmat sebagai doktor yang bertanggungjawab merawat ke semua kucing-kucing di situ.

Pasangan pengantin baru itu sudahpun selamat diijab kabul hujung November yang lalu, lapor Sinar Plus.

Usai ijab kabul, pasangan mempelai itu memilih untuk bergambar bersama hampir 1,300 ekor kucing di dalam sangkar utama.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita