LRT Jabodebek Indonesia ditangguh sekali lagi demi keselamatan orang ramai
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Presiden Joko Widodo/Facebook)
JAKARTA: Selepas timbul sebilangan isu berhubung Lintas Rel Terpadu (LRT) Jakarta-Bogor-Depok-Bekasi (Jabodebek) atau 'LRT Greater Jakarta' di Indonesia, pelancaran projek mega yang dinanti-nantikan itu terpaksa ditangguh hingga ke hujung bulan Ogos, dengan pihak berkuasa menjelaskan perlunya mementingkan keselamatan.
Khidmat LRT itu sepatutnya dilancarkan pada 18 Ogos nanti, setelah beberapa kali ditangguhkan.
Menurut laporan Kompas, Menteri Pengangkutan Budi Karya Sumadi berkata pada Khamis (3 Ogos) bahawa Presiden Joko Widodo telah menasihatkan supaya sistem LRT Jabodebek mula operasi hanya selepas menjalankan sesi percubaan yang berjaya.
"Kami meminta nasihat presiden... (dan beliau berkata untuk teruskan) percubaan. Apabila percubaan itu berjaya, barulah kami akan (memulakan operasi),"katanya.
Beliau menambah bahawa projek mega itu boleh dilancarkan pada 20 Ogos, ataupun 30 Ogos.
Sistem LRT Jabodebek dilaporkan akan mempunyai laluan sepanjang 44 kilometer (km) dan tiga landasan. Jabodetabek merupakan kawasan metropolitan yang meliputi Jakarta, Bogo, Depok, Tangerang dan Bekasi.
Menurut laporan Jakarta Post, Presiden Jokowi berkata dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa tidak perlu tergesa-gesa untuk membuka LRT Jabodebek kepada orang ramai kerana keselamatan mesti diberi keutamaan.
Beliau juga berkata bahawa adanya isu-isu pada peringkat awal operasi masih boleh diterima kerana sistem LRT itu adalah prasarana tempatan sepenuhnya yang pertama di Indonesia.
Menurutnya, kereta api dibuat di Indonesia oleh syarikat milik pemerintah INKA, dan kerja-kerja binaan pula dilakukan oleh firma milik pemerintah Adhi Karya.
Presiden Jokowi juga memberi jaminan bahawa isu-isu yang timbul akan diperbaiki, terutama sekali yang berkaitan keselamatan.
Sementara itu, Encik Budi mengatakan bahawa pemerintah telah melibatkan perunding yang berpengalaman dan mengikut piawai yang sesuai dalam rekaan LRT itu.
Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) juga telah meluluskan reka bentuk dan binaan projek itu, katanya.
Dalam laporan Bisnis pada Khamis, Pengerusi Forum Kereta Api dan Pengangkutan Antara Bandar Persatuan Pengangkutan Indonesia (MTI) Aditya Dwi Laksana berkata penangguhan operasi LRT Jabodetabek tidak menjadi masalah.
Beliau berkata keselamatan dan kelancaran operasi LRT mesti diutamakan, bukannya tergesa-gesa mengejar sambutan hari kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos, sehari sebelum LRT itu sepatutnya dilancarkan.
Penangguhan pelancaran itu menambah kepada beberapa kelengahan sebelum ini. LRT itu pada mulanya dijadualkan mula beroperasi tahun lepas, dan kemudian pada Jun tahun ini, menurut laporan Jakarta Post.
Sesi percubaan awam terhad juga kemudiannya ditangguhkan kepada 5 Ogos. Ia pada mulanya dirancang untuk disambung semula pada 29 Julai selepas ia digantung untuk membuat penambahbaikan perisian dan memperbaiki gangguan sistem.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.