LRT Batam dijadual mula dibina pada pertengahan 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Penguasa Pembangunan Batam
BATAM: Kerja-kerja membina sistem kereta api ringan (LRT) yang diusulkan Batam, Indonesia dijadual bermula pada pertengahan 2024 dan siap pada 2025.
Bercakap kepada Mediacorp, Ketua Penguasa Pembangunan Batam Muhammad Rudi berkata pada Rabu (17 Mei): "Tanah di Batam diuruskan oleh (Penguasa Pembangunan Batam) jadi kami boleh memperuntukkan tanah (itu) bagi projek tersebut dengan segera. Di tempat lain, ia boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan tanah yang diperlukan bagi mana-mana projek."
Dalam satu kenyataan pada bulan lalu, Encik Rudi, yang juga Datuk Bandar Batam, mengumumkan rancangannya untuk membina sistem pengangkutan LRT bagi mengurangkan kesesakan dan "menjadikan Batam sebuah bandar yang moden".
Encik Rudi memberitahu Mediacorp pada Rabu bahawa sistem LRT tersebut diperlukan untuk menampung jumlah penduduk Batam yang kian meningkat, terutama sekali kerana lebih ramai pekerja dan pelawat dijangka datang selepas pandemik.
"Buat masa ini, satu-satunya pengangkutan awam yang ada adalah bas. Ia hanya cukup (untuk memenuhi keperluan) 1.2 juta penduduk Batam setakat ini. Namun, kami perlu fikirkan tentang masa depan," ujar Encik Rudi.
Beliau sedia maklum bahawa jumlah penduduk Batam kini adalah 1.24 juta, naik daripada 1.22 juta tahun lalu. Beliau menambah bahawa pertumbuhan kenderaan privet pula lebih pesat berbanding pertumbuhan penduduk di bandar tersebut.
Menurut beliau, lima gerabak LRT berbentuk kapsul akan digabungkan untuk satu perjalanan. Sebuah gerabak LRT boleh memuatkan 20 orang, dengan 10 orang duduk dan 10 lagi berdiri. Ketinggian kereta-kereta itu ialah sekitar 9 meter.
Encik Rudi juga berkata empat syarikat dari Singapura, Malaysia, Jerman dan Indonesia sedang mengusahakan cadangan reka bentuk projek tersebut. "Walaupun mereka yang mencadangkan ini, kami masih akan mengadakan proses bidaan ... (dijangka bermula) pada November," katanya.
Beliau memberitahu Mediacorp bahawa Fasa 1 projek tersebut adalah sepanjang 11 kilometer dengan 16 stesen dirancang.
"Kami ingin mula dengan laluan yang menghubungkan lapangan terbang dengan Pusat Bandar Batam ... Pada Julai, kami akan mulakan kerja-kerja membina Terminal 2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim). Kami merancang untuk membina stesen kami di antara terminal yang sedia ada dan terminal yang baru," kongsinya.
Beliau turut menarik perhatian bahawa projek di bawah Fasa 1 bernilai AS$110 juta (S$147 juta).
Encik Rudi berkata Fasa 2 akan mengelilingi pusat bandar tersebut sementara Fasa 3 bakal menghubungkan pusat bandar dengan pusat perindustrian Batam di Batu Ampar.
Namun, tiada tempoh masa ditetapkan setakat ini.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.