Los Angeles siasat punca kebakaran hutan, perintah berkurung dikuatkuasakan
Warga California pada Jumaat (10 Jan) menuntut untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab ke atas kebakaran hutan yang menyebabkan kemusnahan besar-besaran di Los Angeles.
Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Warga California pada Jumaat (10 Jan) menuntut untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab ke atas kebakaran hutan yang menyebabkan kemusnahan besar-besaran di Los Angeles.
Satu perintah berkurung ketat juga dikuatkuasakan demi mencegah rompakan dan kekacauan.
Sekurang-kurangnya 11 orang maut apabila kebakaran merebak ke beberapa kawasan kejiranan dan meranapkan beribu-ribu rumah dalam bencana yang disifatkan Presiden Amerika Joe Biden sebagai serupa dengan 'situasi perang'
Sedang para penduduk Los Angeles berdepan dengan kemusnahan teruk akibat kebakaran, timbul juga rasa marah mengenai tahap kesediaan dan respons pihak berkuasa.
Kritikan khususnya ditujukan kepada arahan berpindah palsu yang dikeluarkan, serta isu pili bomba kering yang menghalang usaha para pegawai bomba memadamkan kebakaran sebelum ini.
Gabenor Gavin Newsom pada Jumaat (10 Jan) mengarahkan agar "semakan bebas penuh" dijalankan terhadap kemudahan awam di bandar itu, sambil menyifatkan kekurangan bekalan air untuk memadamkan api dalam kebakaran awal sebagai sesuatu yang "sangat membimbangkan".
"Saya ingin tahu bagaimana ini boleh berlaku," katanya dalam satu surat terbuka.
Sementara itu, dengan meningkatnya bilangan kes rompakan, satu perintah berkurung sepanjang malam dikuatkuasakan di kawasan di mana para penduduk telah dipindahkan.
Kira-kira 24 individu diberkas di merata Los Angeles, di mana para penduduk melakukan rondaan dan mengawasi rumah masing-masing.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.