Skip to main content

Dunia

Los Angeles lapor kematian pertama akibat cacar monyet

Kes kematian di Los Angeles itu melibatkan pesakit dengan sistem imun yang terjejas teruk dengan gejala penyakit lain dan dirawat di hospital.

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Jabatan Kesihatan Awam Los Angeles mengesahkan pada Isnin (12 Sep) kematian pertama disebabkan cacar monyet di bandar Amerika Syarikat itu.

Menurut jabatan itu, pesakit tersebut mempunyai masalah sistem imun yang teruk dan dimasukkan ke hospital.

Jabatan berkenaan menambah ia menentukan punca kematian di Los Angeles itu disebabkan cacar monyet bersama-sama dengan Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang tidak segera memberikan respons apabila diminta mengulas tentang kematian berkenaan. 

Kes itu adalah kematian kedua yang diketahui, melibatkan seseorang yang didiagnosis dengan penyakit cacar monyet di AS. Bulan lalu, Texas melaporkan kematian pertama melibatkan seorang pesakit dengan daya imun teruk yang didiagnosis dijangkiti cacar monyet. 

Kes Texas itu bagaimanapun masih lagi disiasat untuk memastikan kematian disebabkan penyakit tersebut. 

Cacar monyet jarang sekali membawa maut, namun pesakit yang mempunyai sistem imun lemah berkemungkinan lebih cenderung jatuh sakit teruk atau meninggal dunia, menurut  pegawai kesihatan. 

Hampir semua daripada lebih 21,985 kes cacar monyet yang dilaporkan di AS berlaku dalam kalangan gay, biseksual dan lelaki lain yang mengadakan hubungan seks sejenis, menurut CDC. 

Sumber : Agensi berita/FZ/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita