Skip to main content

Dunia

Lori terbalik, 4 tan ikan kembung bertaburan di jalan

Sebuah lori 3 tan yang membawa muatan ikan kembung dilaporkan terbalik di jalan susur lebuh raya selepas Jambatan Batu 5 dari arah Sitiawan ke Hutan Melintang di Hilir Perak pada Ahad (10

Anggaran Waktu Membaca:
Lori terbalik, 4 tan ikan kembung bertaburan di jalan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 11 May 2020 10:45AM Dikemas Kini : 11 May 2020 10:56AM

IPOH: Sebuah lori 3 tan yang membawa muatan ikan kembung dilaporkan terbalik di jalan susur lebuh raya selepas Jambatan Batu 5 dari arah Sitiawan ke Hutan Melintang di Hilir Perak pada Ahad (10
Mei) menjadi tumpuan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata lori yang dipandu lelaki berusia 45 tahun membawa muatan ikan kembung sebanyak 4 tan itu terbalik selepas mengelak kenderaan yang cuba memotongnya menyebabkan muatan bertaburan di atas jalan dalam kejadian pada kira-kira 4.30 petang.

"Kejadian ini telah menarik perhatian orang awam yang lalu di situ dan mereka mula mengutip ikan-ikan yang bertaburan untuk dibawa pulang setelah mendapat kebenaran daripada pemilik syarikat di Sungai Besar.

"Pada masa yang sama, pekerja pemilik syarikat juga mengumpul semula kesemua ikan yang bertaburan dan orang awam telah mengambil sebanyak kira-kira 300 kilogram daripadanya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Beliau berkata kerja-kerja mengutip ikan selesai pada 7 petang dan kerugian akibat kejadian itu dianggarkan bernilai RM20,000 (S$3,989).

Katanya tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan susulan insiden itu namun lori terbabit mengalami kerosakan pada cermin depan dan pintu kiri kemik selain pintu kayu sebelah kiri turut pecah. 

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita