Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lonjakan kes COVID-19 di S'pura diharap tidak hambat pembukaan semula sempadan: Peniaga Johor

Peniaga di Johor berharap rancangan untuk membuka semula sempadan Malaysia-Singapura akan diteruskan meskipun jumlah kes baru COVID-19 terus meningkat di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Lonjakan kes COVID-19 di S'pura diharap tidak hambat pembukaan semula sempadan: Peniaga Johor

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 29 Oct 2021 03:51PM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 03:52PM

JOHOR BAHRU: Peniaga di Johor berharap rancangan untuk membuka semula sempadan Malaysia-Singapura akan diteruskan meskipun jumlah kes baru COVID-19 terus meningkat di Singapura.

Menurut satu laporan The Star pada Jumaat (29 Okt), Persatuan Pemandu Pelancong Johor menggesa pihak berkuasa supaya tidak menjadikan kenaikan jumlah jangkitan itu satu hambatan bagi rancangan pembukaan semula.

Ini kerana kebanyakan orang di kedua-dua negara sudah divaksin sepenuhnya.

Persatuan itu menyatakan, pihak berkuasa boleh melaksanakan peraturan ketat bagi pelancong untuk mencegah sebarang penularan virus itu secara tidak terkawal.

Sekitar 50 hingga 70 peratus perniagaan di Johor amat bergantung kepada pengunjung dari Singapura, lapor The Star.

Keprihatinan semakin meningkat, bahawa lebih banyak perniagaan akan terpaksa ditutup dengan sekatan sempadan yang berpanjangan. 

Sumber : Agensi berita/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan