Skip to main content

Dunia

Longkang runtuh akibatkan lubang besar di jalan raya Kuala Lumpur

Anggaran Waktu Membaca:
Longkang runtuh akibatkan lubang besar di jalan raya Kuala Lumpur

Gambar fail: dbkl2u/Facebook

Diterbitkan : 27 Aug 2024 06:35PM Dikemas Kini : 27 Aug 2024 06:36PM
KUALA LUMPUR: Satu kejadian longkang runtuh, sehingga mengakibatkan lubang besar, berlaku di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi pada Isnin (26 Ogos).

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam hantaran di Facebook pada Selasa, memaklumkan sudah mengambil maklum mengenai kejadian itu.

"DBKL sudah mengambil langkah awal seperti pemasangan tali keselamatan, hadangan air dan kon di kawasan kejadian kira-kira jam 10 malam tadi," katanya, lapor agensi berita BH Online.

Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan berikutan kejadian tersebut, dengan gambar-gambar yang dipetik menunjukkan lubang berkenaan menjejas laluan pejalan kaki serta jalan raya.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48 tahun, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara itu bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku, dipetik daripada agensi berita BH Online.
Gambar: dbkl2u/Facebook
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita