Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

London 'hidup' dengan lampu hiasan Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Datuk Bandar London Sadiq Khan menghidupkan lampu hiasan Ramadan buat pertama kali di Piccadily Circus, London.

Ia merupakan kali pertama sebuah bandar Eropah menyaksikan pameran yang begitu hebat, dengan pemasangan yang menampilkan 30,000 lampu, lapor The Guardian.

West End Street akan dihiasi lampu Ramadan sepanjang bulan itu yang diraikan orang Islam, termasuk Datuk Bandar London sendiri.

Inisiatif itu diketuai oleh pertubuhan bukan untung Ramadan Lights UK, yang bersatu untuk menyediakan hiasan melalui sumbangan orang ramai. Pengasas pertubuhan itu, Aisha Desai, berkata: "Sebagai seorang kanak-kanak, perjalanan ke pusat bandar London untuk melihat lampu perayaan adalah nikmat tahunan.

“Saya dan kakak saya akan baring di belakang kereta sambil melihat lampu melalui tingkap pada bumbung kereta. Ia sangat menakjubkan."

Lampu-lampu itu tertera "Happy Ramadan", lengkap dengan bulan dan bintang, manakala konsep hiasan itu menggambarkan fasa-fasa bulan sepanjang bulan Ramadan.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan