Lombok bergegar lagi, gempa bumi 7 skala Richter cetuskan amaran tsunami
Selepas seminggu, pulau peranginan Bali dan Lombok sekali lagi digegarkan gempa bumi dengan kekuatan 7 pada skala Richter pada Ahad malam (5 Ogos), mencetuskan amaran tsunami dan rasa cemas di kalangan pelancong dan penduduk setempat.
(Gambar: USGS)
DENPASAR, INDONESIA: Selepas seminggu, pulau peranginan Bali dan Lombok sekali lagi digegarkan gempa bumi dengan kekuatan 7 pada skala Richter pada Ahad malam (5 Ogos), mencetuskan amaran tsunami dan rasa cemas di kalangan pelancong dan penduduk setempat.
Gempa pada kedalaman 15 kilometer di timur pantai Lombok itu, berlaku selepas gempa berukuran 6.4 minggu lalu mengorbankan 14 nyawa dan mengakibatkan pemindahan besar-besaran penduduk dari kawasan gunung berapi yang popular dengan pendaki.
Setakat ini, tidak ada laporan mengenai kecederaan atau kehilangan jiwa.
Gempa terbaru ini dapat dirasa buat beberapa saat di Bali, di mana orang ramai lari bertempiaran keluar dari rumah, hotel dan restoran.
"Semua tetamu hotel berlari keluar dan saya turut sama. Orang ramai memenuhi jalan-jalan raya," kata seorang pelancong dari Australia Michelle Lindsay.
"Para pegawai menggesa orang ramai agar tidak cemas."
Para saksi lain berkata gegaran semakin kuat selang beberapa saat sehinggakan pintu dan tingkap kelihatan bergoncang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.