Lokman Adam didakwa susuli insiden pelajar UM dikasari di perhentian bas
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam akan didakwa di mahkamah hari ini (28 Mac) menyusuli insiden beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) dikasari di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu baru-baru ini.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam. (Gambar fail: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam akan didakwa di mahkamah hari ini (28 Mac) menyusuli insiden beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) dikasari di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu baru-baru ini.
Encik Lokman yang mengesahkan perkara itu menerusi catatan Facebooknya berkata beliau menerima surat pertuduhan pada Rabu (27 Mac) dan diminta hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, 9.00 pagi pada Khamis (28 Mac).
Beliau menambah, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Mutalif Abdul Rahim serta dua lagi individu juga akan dituduh berhubung kes itu.
"Saya dikatakan akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang akan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan di mana kononnya saya mendatangkan kecederaan (kepada salah seorang mahasiswa)," katanya.
Pada 22 Mac, tercetus insiden tolak menolak antara mahasiswa UM dan penyokong bekas perdana menteri Najib Razak di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu.
Semasa kejadian, Encik Najib sedang menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelajar di sebuah restoran terletak berhadapan perhentian bas berkenaan.
Polis mengesahkan menerima 12 laporan berikutan insiden itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.