Loji penapisan minyak terbesar Kuwait terbakar; beberapa orang cedera
Satu kebakaran berlaku di loji minyak terbesar di Kuwait pada Isnin (18 Okt), menyebabkan beberapa orang cedera. Namun, kebakaran itu tidak menjejas operasi atau gangguan eksport petrol.
Bomba dikerahkan untuk padam kebakaran di kemudahan Mina al-Ahmadi, loji minyak terbesar di Kuwait pada 18 Okt 2021. (Gambar: KNPC/AFP)
BANDAR KUWAIT: Satu kebakaran berlaku di loji minyak terbesar di Kuwait pada Isnin (18 Okt), menyebabkan beberapa orang cedera. Namun, kebakaran itu tidak menjejas operasi atau gangguan eksport petrol.
Kepulan asap tebal keluar dari kemudahan Mina al-Ahmadi, yang terletak di pantai Teluk bertentangan Iran, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuwait.
Syarikat Kuwait National Petrol, mengesahkan dalam catatan di Twitter bahawa terdapat beberapa orang yang cedera dan kes terhidu asap dalam kalangan pekerja.
Menurutnya, mereka yang cedera sudah diberikan bantuan kecemasan di tapak kejadian, atau dibawa ke hospital dan berada dalam "keadaan stabil".
Kira-kira dua jam setelah anggota bomba dikerah ke tempat kejadian, Tweet syarikat itu menyatakan kebakaran sudah "terkawal".
Loji Mina al-Ahmadi, seluas 10.5 kilometer persegi, memulakan operasi pada 1949.
Ia adalah loji terbesar daripada tiga loji minyak petrol milik negara itu, menghasilkan sekitar 466,000 tong petrol sehari.
Loji keempat dengan kapasiti pengeluaran 615,000 tong sehari kini sedang dalam proses pembinaan dan akan mula beroperasi pada akhir tahun ini.
Amiriah Teluk yang kaya dengan minyak itu menghasilkan sekitar 2.4 juta tong petrol sehari, yang kebanyakannya dieksport.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.