Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Loji penapisan minyak Petronas di Johor terbakar, tiada kecederaan dilaporkan

Anggaran Waktu Membaca:
Loji penapisan minyak Petronas di Johor terbakar, tiada kecederaan dilaporkan

(Gambar: Facebook/Persatuan Bangsa Johor)

KOTA TINGGI: Sebuah loji penapisan minyak Petronas di Kota Tinggi, Johor terbakar pada awal Khamis (27 Okt) sehingga mengakibatkan letupan.

Dalam satu kenyataan, Petronas Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhs (PRPC) menyatakan, letupan berlaku pada pukul 3.40 petang Khamis di salah satu paip penyambung yang terletak di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), lapor malaysiakini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada ancaman segera kepada masyarakat sekitar, maklum PRPC.

“Pasukan respons kecemasan PRPC digerakkan untuk membendung kejadian itu dan semua pihak berkuasa yang berkaitan sudah dimaklumkan.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.50 petang,” menurut PRPC.

Letupan serupa berlaku di kompleks itu pada 2019 dan 2020, lapor malaysiakini.

Pada April 2019, satu letupan dan kebakaran berlaku di unit penyahsulfurisasi atmosfera, yang melaporkan tiada kemalangan jiwa.

Satu lagi letupan berlaku di unit rawatan hidro diesel di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), pada Mac 2020 yang mengakibatkan lima orang terkorban, lapor malaysiakini.

Ini menyebabkan kompleks yang memproses 300,000 tong minyak sehari itu ditutup selama dua tahun. Ia beroperasi semula pada Mei tahun ini.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan