Loji kimia meletup di Texas, 1 maut, 2 cedera
Seorang mati dan dua lagi cedera dalam kejadian letupan serta kebakaran di sebuah loji kimia di Texas dekat bandar Houston.

TEXAS: Seorang mati dan dua lagi cedera dalam kejadian letupan serta kebakaran di sebuah loji kimia di Texas dekat bandar Houston.
Kebakaran di loji kimia kendalian syarikat KMCO LLC itu bermula di saluran paip berhampiran sebuah tangki berisi sejenis bahan kimia mudah terbakar.
Menyusuli kejadian tersebut, pihak berkuasa sudah memerintahkan para penduduk dalam kawasan lingkungan sekitar 1 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah.
Arahan itu ditarik balik setelah pihak berkuasa mengesahkan tiada ancaman berlaku pencemaran kimia dan gas.
Ini merupakan kali kedua kebakaran berlaku di sebuah loji kimia berhampiran bandar Houston dalam masa kurang tiga minggu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.