Skip to main content

Dunia

Logam misteri di gurun dekat barat AS hilang

Logam misteri yang ditemui tertanam di gurun terpencil barat Amerika Syarikat (AS) dan mencetuskan teka-teki bagaimana ia boleh berada di situ, dilaporkan sudah hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Logam misteri di gurun dekat barat AS hilang

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Nov 2020 09:54PM Dikemas Kini : 29 Nov 2020 09:57PM

LOS ANGELES: Logam misteri yang ditemui tertanam di gurun terpencil barat Amerika Syarikat (AS) dan mencetuskan teka-teki bagaimana ia boleh berada di situ, dilaporkan sudah hilang.

Biro Pengurusan Tanah di Utah mendakwa pihaknya menerima 'laporan yang boleh dipercayai' bahawa objek itu dikeluarkan oleh "pihak yang tidak diketahui" pada Jumaat malam (27 Nov).

Biro itu juga mengakui tidak memindahkan struktur logam yang dianggap barang milik peribadi itu.

"Kami tidak menyiasat jenayah membabitkan harta benda privet yang dikendalikan oleh pejabat polis tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Logam berbentuk tiang segi tiga berkilat setinggi kira-kira empat meter itu dijumpai pegawai tempatan yang melakukan rondaan udara pada 18 November lalu.

Kakitangan Jabatan Keselamatan Awam Utah kemudian menemui "logam monolit dan tiada petunjuk jelas siapa yang bertanggungjawab meletakkan objek itu di kawasan tersebut."

Berita penemuan itu menjadi tular di interet dan ramai berpandangan objek itu mempunyai persamaan dengan monolit makhluk asing dalam filem sains fiksyen berjudul "2001: A Space Odyssey".

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita