Lintasan Rafah di selatan Gaza dibuka bagi konvoi kemanusiaan masuk ke Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Warga Palestin di kem pelarian Rafah yang terletak di selatan Carikan Gaza pada 15 Oktober 2023. (Gambar: MOHAMMED ABED/AFP)
GAZA: Lintasan Rafah di selatan Gaza yang bersempadankan Mesir dibuka bagi membenarkan konvoi kemanusiaan memasuki Gaza pada Isnin (16 Okt).
Laporan agensi antarabangsa memaklumkan, Lintasan Rafah dibuka pada jam 9 pagi waktu tempatan.
Ia sekali gus memberi harapan kepada rakyat Palestin di Gaza yang berdepan malapetaka kemanusiaan selepas Israel menyekat bekalan air, elektrik, dan makanan daripada memasuki Gaza sejak empat hari lalu.
Badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia dalam ciapan di laman X turut berkongsi perkara sama.
Setelah 10 hari! Alhamdulillah lintasan Rafah di sempadan selatan Gaza dengan Mesir sudah dibuka untuk bantuan kemanusiaan. ALHAMDULILLAH!Semoga selamat para pekerja yang melaksanakan misi ke sana. Moga Allah lindungi kalian semua.

Dilihat ratusan lori kontena membawa barangan makanan, perubatan serta keperluan memasuki Gaza, diikuti puluhan ambulans dari Mesir bagi membantu mangsa-mangsa yang cedera.
Mesir juga membenarkan warga negara asing termasuk Amerika Syarikat melintasi sempadan itu.
Ini selepas Mesir memberikan tekanan kepada Amerika bahawa warga negaranya di Gaza tidak akan dibenarkan melintasi sempadan itu sekiranya Israel tidak menghentikan serangan udara ke atas Gaza.

Sumber : Agensi berita/AA/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.