Lintasan Rafah bersempadan dengan Mesir akan dibuka semula minggu depan: Pegawai Palestin
Anggaran Waktu Membaca:
Lintasan Rafah. (Gambar: AP)
DAVOS: Pintu sempadan Gaza dengan Mesir akan dibuka semula minggu depan selepas hampir ditutup sebahagian besarnya semasa perang antara Israel dan Hamas. Perkara ini diumumkan pada Khamis (22 Jan) oleh pemimpin teknokrat Palestin yang disokong oleh Washington untuk mentadbir wilayah tersebut.
Encik Ali Shaath membuat pengumuman itu melalui rakaman video di satu majlis di Davos yang dihoskan oleh Presiden Donald Trump. Encik Trump menghimpunkan sekumpulan pemimpin untuk melancarkan "Lembaga Keamanan" yang fokus utamanya adalah untuk mengukuhkan gencatan senjata di Gaza.
Salah satu perkara penting dalam perjanjian gencatan senjata yang diusahakan oleh Encik Trump pada Oktober tahun lalu ialah pembukaan semula pintu utama Gaza ke dunia luar. Ini bagi membolehkan penduduk Palestin keluar dan masuk dari wilayah tersebut.
"Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa sempadan Rafah akan dibuka minggu depan untuk kedua-dua arah. Bagi penduduk Palestin di Gaza, Rafah bukan sekadar satu lintasan, ia adalah talian hayat dan lambang peluang," kata Encik Ali Shaath.
"Pembukaan Rafah menunjukkan bahawa Gaza tidak lagi tertutup kepada masa depan dan peperangan," tambah beliau.
Setakat ini, belum ada sebarang maklum balas daripada Israel yang mengawal Lintasan Rafah sejak 2024.
Di bawah perjanjian gencatan senjata tersebut, Israel menguasai lebih separuh daripada wilayah Gaza, termasuk kawasan-kawasan yang bersempadan dengan pintu masuk tersebut. Manakala selebihnya masih dikawal oleh Hamas.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.