Lima negeri di M'sia catat paras air pada tahap bahaya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membabitkan Selangor, Sarawak, Pahang, Johor dan Melaka menunjukkan paras air berada pada tahap bahaya setakat pukul 8.00 pada Khamis malam (17 Nov).
JPS dalam kenyataan pada Khamis malam memaklumkan di Selangor melibatkan stesen Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat.
Di Sarawak pula ialah stesen Long Teru dan Marudi di Miri manakala di Pahang melibatkan stesen Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera.
Stesen Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat di Johor; Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah dan Sungai Melaka di Batu Hampar Melaka Tengah di Melaka turut mencatatkan paras air pada tahap bahaya.
Sementara itu, di Negeri Sembilan empat stesennya berstatus amaran melibatkan stesen Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson; Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol; Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau dan Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.