Skip to main content

Dunia

Lima dihukum mati, tiga dipenjara atas pembunuhan Khashoggi

Lima orang dijatuhi hukuman mati atas pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, tetapi dua tokoh berpangkat tinggi yang disiasat atas pembunuhan itu telah dibebaskan, menurut pendakwa raya Arab Saudi pada Isnin (23 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lima dihukum mati, tiga dipenjara atas pembunuhan Khashoggi

Wartawan Jamal Khashoggi dipercayai dibunuh dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Turki. (Gambar fail: Osman Orsal/Reuters)

Diterbitkan : 23 Dec 2019 10:46PM Dikemas Kini : 23 Dec 2019 10:53PM

RIYADH: Lima orang dijatuhi hukuman mati atas pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, tetapi dua tokoh berpangkat tinggi yang disiasat atas pembunuhan itu telah dibebaskan, menurut pendakwa raya Arab Saudi pada Isnin (23 Dis).

Khashoggi, seorang penulis dengan Washington Post, ialah seorang penduduk Amerika Syarikat dan pengkritik Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, pemimpin kerajaan tersebut.

Pengkritik berusia 59 tahun itu kali terakhir dilihat di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober 2018, di mana beliau sepatutnya menerima kertas-kertas dokumen menjelang perkahwinannya.

Beliau dicekik dan tubuhnya dikerat-kerat oleh sebuah kumpulan seramai 15 orang Saudi di konsulat negara itu di Istanbul, menurut para pegawai Turki. Jasadnya belum dijumpai.

"Kami mendapati pembunuhan Khashoggi tidak dirancang lebih awal," kata timbalan pendakwa raya umum Arab Saudi Shalaan al Shalaan di satu sidang media.

Pembunuhan tersebut mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, sekali gus menjatuhkan reputasi putera mahkota itu. CIA dan sebilangan pemerintah barat mengatakan mereka yakin Putera Mohammed mengarahkan pembunuhan itu, tetapi para pegawai Arab Saudi berkata beliau tidak memainkan sebarang peranan dalam kes itu.

Sebelas suspek Arab Saudi dibicarakan atas pembunuhan itu dalam prosiding-prosiding berahsia di Riyadh.

"Mahkamah mengeluarkan hukuman mati ke atas lima lelaki yang terlibat dalam pembunuhan itu secara langsung," kata pendakwa tersebut dalam satu kenyataan.

Para pendakwa Arab Saudi berkata ketua timbalan risikan Ahmed al-Assiri mengawasi pembunuhan wartawan itu dan dia dinasihati oleh anggota kuat media mahkamah diraja Saud al-Qahtani.

Bagaimanapun, Saud disiasat tetapi tidak dipertuduhkan "kerana kurang bukti" dan Ahmed disiasat dan didakwa tetapi kemudian dibebaskan atas dasar yang sama, menurut kenyataan itu.

Sumber : Agensi berita/CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita