Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lima cedera dalam kejadian tembakan di masjid Toronto

Anggaran Waktu Membaca:

TORONTO: Lima orang cedera dalam satu kejadian tembakan di sebuah masjid di kawasan Toronto, Kanada pada Sabtu (16 Apr). 

Demikian menurut laporan agensi Anadolu yang memetik sumber polis. 

Sekumpulan lelaki yang baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih diserang secara rambang dan ditembak dari sebuah kenderaan yang berlalu di tempat meletak kereta masjid di daerah Scarborough, kata jurucakap Jabatan Polis Toronto David Rydzik. 

Sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan, namun masih belum diketahui jumlah suspek yang terlibat dalam kejadian  tersebut, kata jurucakap itu lagi. 

"Kami tidak dapat mengatakan sama ada mangsa menjadi sasaran kerana pegangan agama mereka," kata Encik Rydzik. 

Sementara itu, anggota lembaga Persatuan Muslim Scarborough, Nadeem Sheikh, melahirkan kebimbangannya susuli kejadian tembakan itu. 

Beliau menggesa pihak berkuasa melakukan yang terbaik untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan dan berharap lebih banyak  dilakukan untuk membendung keganasan membabitkan senjata api.

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan