Lim Guan Eng: Tiada pengisytiharan import barang kemas yang dihantar kepada Rosmah Mansor
Tiada pengisytiharan import dibuat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai penghantaran 44 barang kemas yang dikaitkan dengan Cik Rosmah Mansor, isteri mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak, menurut menteri kewangan Malaysia Lim Guan Eng.
Rosmah Mansor. (Gambar: Vincent Thian/AFP)
KUALA LUMPUR: Tiada pengisytiharan import dibuat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai penghantaran 44 barang kemas yang dikaitkan dengan Cik Rosmah Mansor, isteri mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak, menurut menteri kewangan Malaysia Lim Guan Eng.
"Daripada pemeriksaan rekod yang ada dalam sistem maklumat kastam selama tujuh tahun selaras dengan tempoh menyimpan rekod, didapati tiada pengisytiharan import dibuat bagi barang kemas itu," katanya semalam (31 Jul) di parlimen.
Menurut Encik Lim, adalah satu kesalahan jika tiada pengisytiharan import dibuat bagi barangan import dan barang-barang itu boleh dirampas.
"Jika laporan polis tidak dapat mengaitkan barang-barang yang dikirimkan itu dengan sebarang kesalahan, pihak kastam boleh mengaitkannya kepada Akta Kastam 1967 kerana ia adalah satu kesalahan dan boleh membawa kepada pelbagai tindakan termasuk rampasan," katanya.
Berpangkalan di Beirut, syarikat pemborong barang kemas Global Royalty Trading SAL menyaman Rosmah dan menuntut beliau mengembalikan 44 barang kemas yang didakwa dihantar kepadanya secara konsainan atau membayar hampir RM60 juta (S$20 juta) bagi semua barang-barang itu.
Namun Rosmah menafikan bahawa beliau membeli barang kemas itu dalam kenyataan pembelaannya yang difailkan minggu lepas.
Barang-barang kemas itu adalah antara barangan bernilai kira-kira RM1.1 bilion (S$370 juta) yang dirampas dari premis-premis yang dikaitkan dengan Encik Najib.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.