Liga Dunia Islam puji rancangan Kanada, Malta dan Portugal iktiraf Palestin
Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Palestin junjung bendera sempena memperingati ulang tahun ke-77 peristiwa Nakba. (Gambar: BERNAMA)
MAKKAH: Liga Dunia Islam (MWL) mengalu-alukan pengumuman Kanada, Malta dan Portugal berhubung hasrat mereka untuk mengiktiraf negara Palestin pada September ini, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Dalam kenyataannya, Setiausaha Agung MWL Dr Mohammad Al-Issa memuji pengumuman itu sebagai satu langkah penting ke arah yang betul.
Beliau menegaskan, pengumuman itu turut mencerminkan pendirian yang sah dan bertanggungjawab dalam menyokong hak di sisi sejarah dan perundangan rakyat Palestin, serta merupakan satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan menyeluruh, adil dan berkekalan di rantau itu.
Al-Issa turut menyeru semua negara agar menunaikan tanggungjawab mereka dalam menangani ketidakadilan yang dihadapi oleh rakyat Palestin.
Beliau menggesa negara-negara menyokong pihak yang benar dalam sejarah, menyokong keabsahan antarabangsa dan berusaha menamatkan tragedi kemanusiaan serta kesannya yang berbahaya terhadap rantau dan dunia.

Sumber : Bernama/AW/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.