Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Liga Arab kecam tindakan pelampau Israel serbu Masjid Al-Aqsa

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Arab kecam tindakan pelampau Israel serbu Masjid Al-Aqsa

Pertempuran antara penunjuk perasaan Palestin dan polis Israel di pekarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis pada 15 April 2022. (Gambar fail: Ahmad Gharabli/AFP)

KAHERAH: Liga Arab pada Ahad (29 Mei) mengecam tindakan pelampau Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa yang berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan Israel, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit berkata tindakan mereka merupakan pencabulan terbaru terhadap status quo dan membentuk provokasi besar kepada perasaan negara Arab dan Islam, yang boleh mencetuskan ketegangan di kota Baitulmakdis dan kawasan lain.

Beliau berkata tindakan menyerbu pekarangan Al-Aqsa semasa "Perarakan Bendera" adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang khususnya bertujuan untuk merealisasikan matlamat kumpulan pelampau yang berusaha untuk menghapuskan kehadiran rakyat Palestin di Baitulmakdis Timur yang dicerobohi dan mengenakan sekatan ke atas jemaah di kawasan Haram Al Sharif itu.

Beliau menggesa kuasa-kuasa yang berpengaruh di seluruh dunia dan masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan provokasi itu yang mendorong ke arah konfrontasi agama dengan akibat yang tidak dapat dibayangkan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan