Liga Arab gesa wartawan Palestin dilindungi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: BERNAMA)
KAHERAH: Liga Arab menggesa institusi media serta hak asasi manusia antarabangsa dan serantau agar mempergiat usaha bagi menjamin keselamatan wartawan Palestin serta memelihara hak mereka untuk bekerja secara bebas dan selamat.
Gesaan itu turut menekankan agar tindakan menyasarkan dan mengganggu pengamal media dihentikan, selain menamatkan pemusnahan infrastruktur media serta penguatkuasaan langkah-langkah sekatan terhadap mereka.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad sempena Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Media Palestin, Liga Arab menyatakan bahawa sambutan itu menyerlahkan risiko meningkat yang semakin dihadapi pertubuhan media Palestin berikutan dasar pelampau Israel yang berterusan.
Selain itu, ia turut menarik perhatian kepada pencabulan serius yang menyasarkan wartawan dan institusi media Palestin, lapor Agensi Berita Amiriah (WAM).
Penolong Setiausaha Agung merangkap Ketua Sektor Media dan Komunikasi Liga Arab, Duta Ahmed Rashid Khattabi berkata wilayah Palestin kini menjadi antara kawasan paling berbahaya bagi pengamal profesion kewartawanan.
Encik Khattabi juga mengatakan aspirasi sektor media dan komunikasi untuk bekerjasama dengan negara anggota serta pertubuhan bertaraf pemerhati dalam Majlis Menteri-Menteri Penerangan Arab, bagi menyediakan sokongan teknikal dan profesional kepada media serta kewartawanan Palestin, dengan penyelarasan Kementerian Penerangan Palestin.
Beliau turut memuji inisiatif terbaharu untuk mewujudkan dana bebas yang bertujuan memberikan sokongan mampan kepada media Palestin di Tebing Barat dan Carikan Gaza, di samping memperkukuh keupayaan profesional dalam mendepani cabaran semasa.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.