Liga Arab gesa UNSC lulus ketetapan gencatan senjata di Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa satu sesi dialog diadakan. (Gambar: Johannes Eisele/AFP)
NEW YORK: Anggota Liga Arab mendakwa mempunyai sokongan besar dalam kalangan anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk meluluskan ketetapan mendesak gencatan senjata di Gaza.
Sehubungan itu, wakil tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour, mendesak anggota UNSC menyokong draf resolusi itu yang akan dikemukakan Algeria, lapor Astro Awani.
"Daripada perspektif kami, kami percaya Majlis Keselamatan wajar mengambil tanggungjawab dan bertindak segera untuk menamatkan pertempuran dan menyelamatkan Gaza dari bencana.
"Kami mahu melihat Majlis Keselamatan bertindak dalam mandat dan kuasanya secepat mungkin. Kami percaya kami akan mendapat sokongan ramai berkaitan draf teks resolusi ini," katanya.
Encik Riyad sifatkan serangan dan pencerobohan Israel di Rafah akan menyebabkan penduduk Carikan Gaza semakin berkurangan.
Duta Amerika Syarikat ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, minggu lalu tegaskan cadangan draf resolusi menuntut jeda kemanusiaan segera menyebabkan usaha membebaskan tebusan Israel dalam bahaya.
Sebaliknya beliau memaklumkan, Amerika kini mengusahakan cadangan lebih kukuh untuk pembebasan tebusan Israel dan memastikan bantuan kemanusiaan yang diperlukan dapat dihantar ke Gaza.
Namun, Encik Riyad berpandangan UNSC perlu segera membuat keputusan berkaitan draf resolusi untuk jeda kemanusiaan.
Menurut laporan Astro Awani, draf resolusi cadangan Algeria tidak menyentuh isu pembebasan tahanan.
Sebaliknya ia menuntut semua pihak mematuhi undang-undang antarabagsa dan menuntut akses untuk bantuan kemanusiaan bagi Gaza.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.