Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Liga Arab, EU cari kata sepakat bagi krisis serantau

Negara-negara Arab dan Eropah berusaha untuk mencari kata sepakat berhubung ancaman keselamatan dan krisis serantau, termasuk di Yaman, Syria dan Libya, semasa sidang puncak bersama yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Arab, EU cari kata sepakat bagi krisis serantau

Para pemimpin Arab dan Eropah semasa Sidang Puncak EU-Liga Arab yang pertama di Sharm El Sheikh, Mesir. (Gambar: Mohamed Abd El Ghany/Reuters)

Diterbitkan : 25 Feb 2019 12:10PM Dikemas Kini : 25 Feb 2019 12:15PM

SHARM EL-SHEIKH, MESIR: Negara-negara Arab dan Eropah berusaha untuk mencari kata sepakat berhubung ancaman keselamatan dan krisis serantau, termasuk di Yaman, Syria dan Libya, semasa sidang puncak bersama yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Sidang puncak itu diadakan pada Ahad (24 Feb) di bandar peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah, Mesir.

Para pegawai berkata sidang puncak itu bukan mengenai Brexit, yang dirundingkan oleh Perdana Menteri Britain Theresa May dan para pemimpin dunia lain di luar acara tersebut, mahupun tentang imigrasi, iaitu satu isu yang menjadi topik perdebatan antara ahli politik Eropah sejak kedatangan pendatang asing pada 2015.

"Saya berharap sidang puncak ini berjaya memberi tumpuan kepada kerjasama kami dari segi hubungan ekonomi, terutamanya berhubung usaha yang dilakukan secara bersama, misalnya terhadap Palestin... serta menghidupkan semula rundingan bagi huraian dua negara Palestin-Israel yang diusulkan" kata Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Federica Mogherini, kepada para wartawan.

"Namun saya berharap ia juga satu pendekatan yang dapat dilaksanakan bagi konflik di Syria dan Yaman, bagi melaksanakan sepenuhnya perjanjian Stockholm dan kerjasama di Libya."

Kesatuan Eropah (EU) sedang berusaha untuk menyelamatkan perjanjian yang dimeterai semasa rundingan-rundingan damai yang diadakan antara para pemberontak Houti dari Yaman dan kerajaan negara itu yang disokong Arab Saudi, di Stockholm pada Disember.

Raja Arab Saudi Raja Salman menekankan pentingnya untuk melakarkan huraian politik di Yaman sambil membuat gesaan kepada para pemberontak Houti.

Satu isu yang memecahbelahkan Liga Arab adalah penyertaan semula Syria, yang digantung pada 2011 selepas negara itu melancarkan tindakan keras terhadap para penunjuk perasaan semasa bermulanya perang saudara.

Sidang puncak itu diadakan sedang para penyokong Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menggesa Parlimen negara itu supaya meminda perlembagaan bagi membolehkan beliau terus memimpin negara itu sehingga 2034. Penggal beliau akan berakhir pada 2022.

Presiden al-Sisi menerajui satu operasi terhadap pihak pembangkang yang dikritik oleh kumpulan-kumpulan hak asasi, sejak beliau menjadi presiden pada 2014.

Negara-negara Barat menganggap Mesir sebagai rakan penting bagi menjamin kestabilan di rantau itu.

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan