Skip to main content

Dunia

Liga Arab desak Majlis Keselamatan PBB hentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin

Liga Arab mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan tanggungjawab dan memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan keganasannya terhadap rakyat Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
KAHERAH: Liga Arab mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan tanggungjawab dan memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan keganasannya terhadap rakyat Palestin.

Ini selaian memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk di Carikan Gaza, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Nov), sempena ulang tahun ke-107 Deklarasi Balfour, Liga Arab menggesa Britain dan negara-negara lain yang belum mengiktiraf negara Palestin supaya mengambil langkah ini bagi menyokong keamanan mengikut huraian penyelesaian dua negara.

Kenyataan itu menekankan bahawa satu-satunya cara untuk mencapai keamanan yang adil, menyeluruh dan berkekalan adalah dengan menamatkan pendudukan Israel di semua wilayah Palestin dan Arab yang diduduki sejak 1967.

Ini di samping mewujudkan negara Palestin yang merdeka, dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu negaranya, selaras dengan resolusi antarabangsa dan Inisiatif Damai Arab.

“Deklarasi Balfour terus menjadi luka yang mendalam dalam hati nurani manusia akibat Nakba yang dilalui rakyat Palestin, serta penafian berterusan hak sah dan tidak dapat dinafikan mereka untuk kebebasan dan kemerdekaan,” menurut kenyataan Liga Arab.

"Ini merujuk kepada pelanggaran dan amalan pendudukan Israel, penempatan dan 'Judaization', pengilhakan dan kepungan, pemusnahan sumber kehidupan rakyat Palestin, serta pencemaran tempat suci mereka."

Kenyataan itu turut menekankan bahawa jenayah dan pelanggaran berterusan oleh pendudukan Israel adalah cerminan ketidakupayaan masyarakat antarabangsa untuk memenuhi kewajipannya menentang keganasan dan melindungi rakyat Palestin.

Liga Arab menegaskan bahawa Israel masih berdegil untuk memperluaskan kawasan serangannya, termasuk ke Lubnan dan Bukit Golan yang diduduki Syria, walaupun ancaman perang serantau semakin hampir.

Selain itu, keputusan Knesset Israel untuk melarang kerja-kerja Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di wilayah Palestin jelas satu lagi pelanggaran terang-terangan terhadap Piagam PBB, kehendak antarabangsa, dan semua nilai kemanusiaan.

Liga Arab menekankan, langkah itu bertujuan memusnahkan generasi rakyat Palestin yang bergantung kepada agensi PBB itu sebagai talian hayat dalam keadaan kemanusiaan yang kritikal.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita