Liga Arab adakan mesyuarat tergempar bincang keputusan ICJ
Anggaran Waktu Membaca:

Suasana di sekitar mesyuarat tergempar pada 9 Disember 2017. (Gambar: MOHAMED EL-SHAHED/AFP)
KAHERAH: Atas permintaan Palestin, Majlis Liga Arab akan mengadakan sesi luar biasa di peringkat perwakilan tetap pada Ahad (28 Jan).
Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Maghribi, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Dalam kenyataannya, Wakil Tetap Palestin ke Liga Arab, Mohannad Aklouk berkata, sesi luar biasa itu akan diadakan untuk merumuskan pendirian bersatu negara-negara Arab terhadap langkah sementara yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Israel.
Beliau berkata, permintaan Palestin diselaraskan dengan Maghribi, presiden bagi sesi ke-160 Liga Arab di peringkat menteri, bersama Jordan dan Mesir dengan mendapat sokongan negara-negara anggota yang berpangkalan di Kaherah.
Pada 29 Disember, Afrika Selatan memfailkan tuntutan di ICJ, memohon injunksi terhadap Israel atas alasan serangan Israel ke atas Gaza melanggar Konvensyen Pembunuhan Beramai-Ramai.
Dalam keputusannya pada Jumaat (26 Jan), ICJ mengarahkan Israel supaya melaksanakan enam langkah sementara, termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza, memastikan tenteranya tidak lagi melakukan sebarang tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mencegah serta menghukum sebarang hasutan untuk pembunuhan beramai-ramai.
Israel juga diarahkan supaya membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, mencegah kemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti berkaitan dakwaan pembunuhan beramai-ramai dan menyerahkan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil dalam melaksanakan perintah itu dalam tempoh sebulan.

BACA:
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.