Libya persetujui genjatan senjata bersyarat sempena Aidiladha
Pemerintah Libya mengumumkan kesediaannya menerima genjatan senjata di sekitar Tripoli sempena Aidiladha yang bermula pada Ahad, namun bergantung kepada empat syarat.
TRIPOLI: Pemerintah Libya mengumumkan kesediaannya menerima genjatan senjata di sekitar Tripoli sempena Aidiladha yang bermula pada Ahad, namun bergantung kepada empat syarat.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyeru pemerintah yang diiktiraf PBB (GNA) itu dan pasukan pejuang di bawah pimpinan Khalifa Haftar untuk mempersetujui genjatan senjata atas dasar kemanusiaan, selewat-lewatnya tengah malam Jumaat.
Pada Jumaat, GNA menyatakan ia ingin "meringankan kesengsaraan rakyat dan membenarkan pasukan penyelamat menjalankan misi mereka".
Maka itu pihaknya menyatakan ia "menerima genjatan bersenjata kemanusiaan bagi Aidiladha" yang akan disambut di Libya bermula Ahad.
Namun pihaknya menetapkan "empat syarat".
Ia menetapkan genjatan senjata mesti dilaksana "di semua medan pertempuran, dengan semua serangan langsung dan tidak langsung serta pergerakan tentera askar".
Ia menekankan genjatan senjata mesti merangkumi "sekatan sebarang penerbangan dan penerbangan risikan di seluruh ruang udara (Libya) dan hentikan semua penerbangan dari pangkalan-pangkalan udara".
Tentera Nasional Libya yang dipimpin Haftar pada awal April mulakan serangan ke atas Tripoli, pusat pemerintahan GNA.
Sepanjang empat bulan lalu, lebih 1,090 orang terkorban akibat pertempuran dan lebih 5,750 cedera, menurut Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO). Sekitar 120,000 orang pula kehilangan tempat tinggal.
Pihak-pihak yang setia kepada GNA menentang askar-askar pimpinan Haftar di sempadan selatan bandar itu.
Duta PBB Ghassan Salame sebelum ini berkali-kali menyeru agar genjatan senjata dilaksanakan namun gagal.
Dalam satu sidang video dengan Majlis Keselamatan PBB lewat bulan lalu, Encik Salame memberi amaran tentang ketegangan yang memuncak dan menyeru genjatan senjata diadakan sempena Aidiladha.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.