Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letusan Semeru: Jokowi janji usaha menyelamat, pemulihan dipertingkat

Presiden Indonesia Joko Widodo berjanji untuk mempergiatkan usaha pemindahan dan membaiki rumah-rumah yang rosak selepas melawat zon bencana Gunung Semeru di Jawa Timur pada Selasa (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Letusan Semeru: Jokowi janji usaha menyelamat, pemulihan dipertingkat

Kerja-kerja menyelamat di Lumajang pada 6 Dis 2021 susuli ledakan Gunung Semeru (Gambar: Juni Kriswanto / AFP)

Diterbitkan : 07 Dec 2021 05:18PM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 05:36PM

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berjanji untuk mempergiatkan usaha pemindahan dan membaiki rumah-rumah yang rosak selepas melawat zon bencana Gunung Semeru di Jawa Timur pada Selasa (7 Dis).

Gunung berapi setinggi 3,676 meter itu meletus pada Sabtu, memuntahkan awan abu yang menjulang tinggi ke langit dan piroklastik berbahaya mengalir ke kampung di kaki gunung.

Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban, manakala 17 masih dilaporkan hilang, kata jurucakap agensi bencana Abdul Muhari kepada AFP.

Hampir 3,700 orang dipindahkan dari kawasan yang terjejas, tambahnya.

Selepas melawat pusat pemindahan dan meninjau kawasan yang terjejas dengan menaiki helikopter, Presiden Jokowi berkata usaha pemulihan akan dipertingkatkan sekarang dan pada bulan-bulan mendatang.

"Saya datang ke lapangan untuk memastikan kita mempunyai pasukan secukupnya untuk mencari mangsa," kata Presiden Jokowi, bercakap di Sumberwuluh, salah satu kawasan yang paling teruk terjejas.

"Kami berharap selepas semua sudah reda, segala-galanya boleh bermula: Memperbaiki prasarana atau malah memindahkan mereka dari tempat yang kami ramalkan terlalu berbahaya untuk pulang kembali."

Sekurang-kurangnya 2,000 rumah perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat, katanya.

Usaha mencari dan menyelamat terus dijalankan pada Selasa tetapi terhambat sejak hari-hari kebelakangan ini akibat angin kencang dan hujan lebat serta peralatan yang terhad di beberapa kawasan.

Lawatan Presiden Jokowi dibuat ketika Gunung Semeru meletus sebanyak tiga kali pada Selasa, dan di tengah-tengah amaran oleh agensi geologi negara itu bahawa aktiviti seismik mungkin berlarutan.

Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) Andiani, memberitahu satu taklimat media pada Isnin terdapat potensi berlakunya aliran piroklastik berterusan, atau runtuhan gas panas, abu dan batu yang bergerak pantas.

Gunung Semeru adalah salah satu daripada lebih 100 gunung berapi aktif di Indonesia, sebuah negara yang terletak di "Lingkaran Api Pasifik", kawasan aktiviti seismik aktif yang terletak di atas beberapa plat tektonik. 

Sumber : CNA/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan