Skip to main content

Dunia

Letusan Gunung Ruang: Indonesia kekalkan tahap amaran tinggi; ribuan penduduk dipindah

Anggaran Waktu Membaca:
Letusan Gunung Ruang: Indonesia kekalkan tahap amaran tinggi; ribuan penduduk dipindah

Gambar: Handout/Center for Volcanology and Geological Hazard Mitigation (PVMBG)/AFP

MANADO: Pihak berkuasa Indonesia masih mengekalkan tahap amaran yang tinggi selepas satu siri letusan gunung berapi berlaku di wilayah Sulawesi Utara.

Tahap amaran tertinggi telah dikuatkuasakan di Gunung Ruang selepas ia memuntahkan abu setinggi lebih dua kilometer ke udara.

Gunung berapi tersebut masih dilihat memuntahkan abu pada Khamis pagi, sekali gus memaksa lapangan terbang antarabangsa berdekatan di bandar Manado di pulau Sulawesi ditutup selama 24 jam.

Sekurang-kurangnya 11,000 penduduk telah diarahkan berpindah pada Khamis (18 Apr) ke tempat lebih selamat susuli satu amaran tsunami.

Ada yang bimbang sebahagian gunung berapi itu mungkin runtuh ke dalam laut sekali gus mencetuskan gelombang yang besar.

Setakat ini, belum ada sebarang kematian atau kecederaan yang dilaporkan.

Para penduduk dan pelancong telah diberitahu supaya jangan memasuki kawasan sekitar enam meter dari gunung berapi tersebut.

Pihak berkuasa menyatakan kegiatan gunung berapi telah bertambah rancak sejak berlaku dua gempa bumi baru-baru ini.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita