Letusan Gunung Dukono: Mayat dua pendaki Singapura berjaya dipindahkan, operasi menyelamat selesai
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Penyelamat Indonesia pada Ahad (10 Mei) sudah menemui dan memindahkan mayat dua pendaki Singapura yang maut dalam letusan Gunung Dukono di Pulau Halmahera, Indonesia, menamatkan operasi pencarian selama tiga hari, kata pihak berkuasa pada Ahad (10 Mei),
Tujuh belas pendaki lain, termasuk tujuh rakyat Singapura, telah dibawa turun dengan selamat sebelum itu.
"Kedua-dua mangsa, kedua-duanya warga asing, ditemui sudah tidak bernyawa tidak jauh dari tempat mangsa pertama ditemui pada Sabtu," kata Abdul Muhari, jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia BNPB.
"Gerakan memindahkan dua mayat terakhir menghadapi halangan kerana kedudukan mangsa, tertimbus di bawah bahan gunung berapi yang amat tebal."
Awal dari itu, agensi mencari dan menyelamat berkata kedua-dua mayat itu berada berhampiran pinggir kawah.
Kedua-dua pendaki itu sebelum ini dikenal pasti sebagai Heng Wen Qiang Timothy, 30, dan Shahin Muhrez bin Abdul Hamid, 27, semasa pihak berkuasa mengeluarkan senarai mangsa yang terselamat dan mereka yang hilang.
Para penyelamat sebelum ini menemui beg galas yang disyaki milik dua rakyat Singapura itu.
Mayat pertama, seorang warga Indonesia berusia 28 tahun, Angel Krishela Pradita, ditemui pada Sabtu.
"Kegiatan letusan Gunung Dukono terus berubah-ubah, memerlukan pasukan SAR gabungan untuk menjalankan proses pemindahan dengan teliti sambil mengutamakan keselamatan kakitangan di lapangan," tambah Encik Abdul.
Semua mayat dibawa ke pos kecemasan Gunung Dukono sebelum dipindahkan ke Hospital Wilayah Tobelo untuk pengecaman.
BNPB menyatakan usaha pencarian pada hari ketiga menjadi lebih tertumpu selepas pasukan gabungan mengenal pasti lokasi di mana mangsa mungkin tertimbus di bawah abu dan batu gunung berapi menggunakan koordinat GPS daripada operasi terdahulu.
Dengan semua mangsa ditemui, operasi mencari dan menyelamat telah tamat secara rasmi, jelas BNPB.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.