Letusan Gunung Dukono: 14 pendaki diselamatkan, 2 pendaki warga asing masih hilang
Media tempatan CNN Indonesia melaporkan seramai 14 pendaki berjaya diselamatkan, manakala operasi mencari bagi dua warga asing yang dilaporkan hilang masih diteruskan.
Gunung Dukono terus meletus sedang operasi mencari dan menyelamat dijalankan. (Gambar: Badan Nasional Pengurusan Bencana)
“Seramai 14 pendaki telah diselamatkan. Mereka yang masih dicari ialah Timothy Heng Wen Qiang, warga asing lelaki berusia 30 tahun, dan Shahin Muhrez bin Abdul Hamid, warga asing lelaki berusia 27 tahun,” kata Ketua Kantor Pencarian dan Pertolongan Ternate, Iwan Ramdani.
Kesemua 14 mangsa yang terselamat sudah dipindahkan ke Hospital Wilayah Tobelo untuk mendapatkan rawatan.
Angka yang dilaporkan itu bukan angka rasmi dan belum disahkan secara bebas oleh pihak berkuasa.
Menurut CNN Indonesia, tujuh warga Singapura merupakan antara mangsa yang terselamat.
Mereka termasuk:
- Eugene Toh Yu Ming (L, 30)
- Selene Ong Shilin (P, 37)
- Phoebe Lim (P, 33)
- Iris Loh Hui En (P, 31)
- Geraldine Tan Jia Yi (P, 30)
- Venessa Lee Yi Xuan (P, 30)
- Lim Shan De (L, 29)
Tujuh rakyat Indonesia turut diselamatkan:
- Bahtiar Badar (L, 24)
- Yusril (L, 23)
- Sahrul (L, 26)
- Ahmad (L, 22)
- Hairudin (L, 26)
- Fiki Nafila (P, 27)
- Riska Isbar (P, 29)
OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DITERUSKAN
Dua pasukan mencari dan menyelamat kini sedang bertungkus-lumus di kawasan gunung untuk mencari para pendaki yang hilang.
Pasukan pertama sedang menyusuri laluan pendakian dan kini berada kira-kira 500 meter dari puncak gunung.
Pasukan itu turut menggunakan dron untuk memantau keadaan dari udara bagi meningkatkan keselamatan dan keberkesanan operasi pencarian, memandangkan aktiviti letusan Gunung Dukono masih berterusan dengan kekuatan yang berubah-ubah.
Pasukan kedua pula menjalankan pencarian di kawasan lembangan sungai yang berdekatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.