Skip to main content

Dunia

Letusan gunung berapi di Tonga; tsunami landa pantai pasifik Jepun

Pantai Pasifik Jepun dilanda tsunami pada Sabtu (15 Jan) akibat letusan gunung berapi dasar laut di negara Tonga.

Anggaran Waktu Membaca:
Letusan gunung berapi di Tonga; tsunami landa pantai pasifik Jepun

Amaran tsunami, yang digariskan dengan warna merah, dikeluarkan bagi kawasan di sekitar pulau Amami dan pulau Tokara di Kagoshima. (Gambar: Agensi Kaji Cuaca Jepun)

ANKARA: Pantai Pasifik Jepun dilanda tsunami pada Sabtu (15 Jan) akibat letusan gunung berapi dasar laut di negara Tonga.

Tsunami setinggi 1.2 meter dicatatkan di bandar Amami, manakala tsunami 1.1 meter di Wilayah Iwate, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik kenyataan media tempatan.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami setinggi 3 meter mungkin melanda beberapa pulau di barat daya Jepun.

Meskipun tiada laporan kecederaan atau kerosakan besar, agensi itu berkata tsunami kecil kurang daripada satu meter dikesan merentasi kawasan pantai Pasifik negara itu.

Pihak berkuasa di kepulauan barat daya wilayah Kagoshima dan kawasan pantai timur laut menggesa penduduk setempat berpindah daripada kawasan berkenaan.

Pusat Amaran Tsunami Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran tsunami bagi pantai barat AS dan Kanada selepas letusan gunung berapi melanda Tonga.

Gunung berapi itu, yang terletak 65 kilometer di utara ibu negara Tonga Nuku'alofa, telah mula memuntahkan abu, debu dan asap pagi Jumaat (14 Jan).

Sumber : Bernama/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita