Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letupan mercun ketika sambutan Thaipusam, 4 lelaki ditahan

 Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes letupan mercun yang mengakibatkan 26 cedera ketika perarakan Thaipusam berdekatan Kuil Dewa Subramaniya Swami.

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan mercun ketika sambutan Thaipusam, 4 lelaki ditahan

Seroang penganut Hindu yang menyertai perarakan Thaipusam di Kuil Batu Caves. (Gambar: MANAN VATSYANA/AFP)

Diterbitkan : 02 Feb 2018 09:31AM Dikemas Kini : 02 Feb 2018 09:33AM

SUNGAI PETANI: Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes letupan mercun yang mengakibatkan 26 cedera ketika perarakan Thaipusam berdekatan Kuil Dewa Subramaniya Swami.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Saifi Abdul Hamid berkata bahawa para lelaki yang berusia antara 25 hingga 34 tahun itu ditahan kira-kira 12.00 tengah malam semalam (1 Feb) bagi membantu siasatan di bawah Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Merbahaya 1958.

"Memang jika ikut syarat tiada kebenaran diberikan untuk persembahan mercun dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada penganjur, tapi mungkin ini tindakan mereka (sekumpulan individu) yang mahu meraikan perayaan ini.

“Bagaimanapun tiada sebarang unsur khianat dalam kejadian ini," katanya ketika ditemui para wartawan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

ACP Saifi berkata bahawa pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian itu pada 8.30 malam dan menegaskan kejadian itu hanya membabitkan letupan mercun dan bukannya bunga api seperti dilaporkan sebelum ini.

"Ia berpunca apabila das terakhir daripada empat das letupan tersasar daripada yang sepatutnya sehingga menyebabkan ia tidak naik ke udara sebaliknya meletup di tanah sekaligus menyebabkan serpihan mercun itu terkena pengunjung yang berada di kawasan itu.

“Ketika kejadian, perarakan berhala sedang keluar dari kuil berkenaan, iaitu lebih kurang 50 meter dari kuil itu, sementara jarak antara chariot (pedati yang membawa perarakan berhala) dengan tempat kejadian (letupan mercun) pula lebih kurang 100 meter," katanya.

Mengenai keadaan mangsa yang terlibat, beliau berkata kesemua mangsa yang terdiri daripada 14 lelaki dan 12 wanita berusia antara lima hingga 59 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dengan hanya empat daripada mereka yang dimasukkan ke wad di HSAH.

"Mereka yang dimasukkan ke wad antaranya ialah kanak-kanak perempuan lima tahun yang cedera pada mata kanan, wanita berusia 57 tahun (luka tangan kanan) serta lelaki berusia 38 tahun (cedera mata kiri).

“Selebihnya hanya mengalami luka-luka kecil akibat terkena serpihan dan percikan api di bahagian anggota badan serta dirawat sebagai pesakit luar," katanya.

Anggota polis berpangkat Lans Koperal yang cedera ketika sedang bertugas di tempat kejadian juga turut dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang malam tadi, katanya.  

Sumber : Bernama/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa