Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letupan kuat gegar Milan; beberapa kenderaan terbakar

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan kuat gegar Milan; beberapa kenderaan terbakar

Gambar: AP

Diterbitkan : 11 May 2023 09:08PM Dikemas Kini : 11 May 2023 10:18PM
MILAN: Satu letupan kuat kedengaran di tengah Milan, Itali pada Khamis (11 Mei).

Reuters melaporkan beberapa kenderaan terbakar menyusuli letupan dengan kepulan asap hitam dapat dilihat dari lokasi berhampiran Porta Romana di tengah-tengah ibu kota kewangan dan fesyen Itali itu.

Media tempatan dalam pada itu melaporkan kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah van yang membawa tangki oksigen.

Insiden turut memaksa pemindahan sebuah taska dan bangunan pangsapuri kediaman berhampiran, lapor media Itali.

Seorang mangsa dilaporkan cedera akibat terhidu asap.
Saksi melaporkan berlaku letupan kuat kira-kira pukul 11.45 pagi.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan