Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letupan kuat gegar bandar selatan Ukraine; Rusia kuasai bahagian timur

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan kuat gegar bandar selatan Ukraine; Rusia kuasai bahagian timur

(Gambar: Genya Savilov/AFP)

Diterbitkan : 02 Jul 2022 11:51PM Dikemas Kini : 02 Jul 2022 11:53PM
KYIV: Beberapa letupan kuat menggegarkan Mykolaiv, bandar selatan Ukraine, pada Sabtu (2 Jul) ketika meriam Rusia membantu pasukan tentera negara itu menguasai bahagian timur Ukraine selepas jumlah orang awam yang maut akibat serangan peluru berpandu Rusia melonjak di pusat bandar selain di barisan hadapan.

"Ada letupan yang kuat di dalam bandar! Terus sembunyi dalam tempat perlindungan!", tulis Oleksandr Senkevych, Datuk Bandar wilayah Mykolaiv di Telegram ketika semboyan serangan udara dibunyikan.

Punca letupan masih tidak jelas namun Rusia kemudian menyatakan bahawa ia menyasarkan pos kawalan tentera di kawasan berkenaan.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan tersebut secara bebas.

Kyiv menyatakan Moscow sudah memperhebatkan serangan peluru berpandu ke atas bandar-bandar yang terletak jauh daripada kawasan medan peperangan utama di timur negara itu.

Kyiv juga menuduh Moscow dengan sengaja membedil tapak-tapak awam.

Rusia mendedahkan bahawa mereka menyasarkan tapak tentera dan menafikan tuduhan menyasarkan orang awam.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, "Angkatan Tentera Rusia tidak akan menyasarkan orang awam".

Rusia kini sedang berusaha untuk mengusir tentera Ukraine dari wilayah Luhansk dan Donetsk di wilayah perindustrian timur Donbas.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan