Letupan kereta di Delhi disiasat di bawah undang-undang antipengganasan India
Polis India sedang menyiasat letupan kereta yang mengorbankan nyawa di ibu negara, Delhi, di bawah undang-undang ketat yang digunakan untuk memerangi “pengganasan”, lapor beberapa saluran televisyen pada Selasa (11 Nov), yang memetik laporan kes yang didaftarkan oleh pihak polis.
Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Polis India sedang menyiasat letupan kereta yang mengorbankan nyawa di ibu negara, Delhi, di bawah undang-undang ketat yang digunakan untuk memerangi “pengganasan”, lapor beberapa saluran televisyen pada Selasa (11 Nov), yang memetik laporan kes yang didaftarkan oleh pihak polis.
Undang-undang tersebut, yang dikenali sebagai Akta Pencegahan Aktiviti Haram (Unlawful Activities (Prevention) Act), merupakan undang-undang utama India bagi menangani pengganasan. Ia digunakan untuk menyiasat dan mendakwa perbuatan berkaitan “pengganasan” serta aktiviti yang mengancam kedaulatan dan integriti negara itu.
Reuters bagaimanapun belum dapat mengesahkan laporan tersebut.
Letupan yang berlaku berhampiran lokasi bersejarah, Red Fort, pada petang Isnin (10 Nov) meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan 20 yang lain. Ia merupakan suatu kejadian yang jarang berlaku di bandar dengan lebih 30 juta penduduk dan dikawal ketat itu, sekali gus menyebabkan beberapa wilayah serta kemudahan penting diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Menteri Dalam Negeri Persekutuan Amit Shah berkata pada Isnin (10 Nov) bahawa “semua aspek” sedang disiasat dan agensi keselamatan akan mencapai kesimpulannya tidak lama lagi.
Menurut polis, sebuah kereta yang bergerak perlahan dan berhenti di lampu isyarat meletup sejurus sebelum pukul 7.00 malam.
Kenderaan-kenderaan berdekatan turut punah-ranah akibat letupan itu.
Letupan itu mengakibatkan mayat bergelimpangan dan beberapa kereta musnah di jalan sempit berhampiran sebuah stesen kereta api bawah tanah di kawasan lama Delhi.
Red Fort, yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lal Qila, adalah sebuah bangunan era Mughal abad ke-17, yang menggabungkan seni bina Parsi dan India, dan dikunjungi oleh ramai pelancong sepanjang tahun.
Perdana Menteri Narendra Modi juga berucap kepada rakyat dari lokasi tersebut setiap tahun pada 15 Ogos, iaitu Hari Kemerdekaan India.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.