Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letupan kedua dalam 2 hari di Kabul jelang Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
 Letupan kedua dalam 2 hari di Kabul jelang Aidilfitri

 

Kabul. (Gambar: WAKIL KOHSAR / AFP)

Diterbitkan : 01 May 2022 10:54AM Dikemas Kini : 01 May 2022 10:54AM

KABUL: Satu letupan bom dalam sebuah van penumpang di Kabul pada Sabtu (30 Apr), membunuh sekurang-kurangnya satu orang, menurut pegawai.

Ia adalah letupan kedua di ibu kota Afghanistan dalam tempoh dua hari, meningkatkan lagi kebimbangan keselamatan menjelang perayaan Aidilfitri.

"Seorang wanita terbunuh dan lagi tiga cedera," kata Khalid Zadran, seorang jurucakap komander Kabul kepada Reuters.

Sehari sebelum itu, satu letupan meragut nyawa lebih 50 orang jemaah selepas solat Jumaat di sebuah masjid di Kabul di tengah-tengah beberapa serangan dalam bulan Ramadan.

Seorang saksi insiden letupan van itu, Ali Maisam, 19 tahun, berkata dia melihat beberapa mayat.Ketika kejadian, Ali sedang menunggu di luar sebuah kedai roti berdekatan.

"Saya lihat orang keluar daripada bas mini itu dalam keadaan berlumuran darah dan muka yang melecur akibat terbakar...Saya nampak empat mayat dikeluarkan dan seorang wanita adalah antara yang maut," katanya.

Sejauh ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas letupan tersebut. Namun sebuah kumpulan pecahan ISIS Afghanistan pernah mengaku bertanggungjawab atas kebanyakan insiden pengeboman sebelum ini.

Pihak berkuasa Taliban bertindak untuk meredakan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan menjelang Aidilfitri.

"Kami beri jaminan, kami akan memastikan keselamatan semasa Aidilfitri," kata seorang jurucakap Kementerian Ehwal Dalam Negeri Afghanistan, Abdul Nafee Takor.

Pihak berkuasa mengumumkan bahawa Hari Raya jatuh pada Ahad, diiringi suasana meriah dengan bunyi tembakan sebagai meraikannya di jalan-jalan raya Kabul.
 

Sumber : Reuters/NK/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa