Letupan gas di restoran China: 9 maut, 10 lagi cedera
Sembilan orang terbunuh manakala 10 lagi cedera apabila satu letupan gas berlaku di sebuah restoran di bandar Wuxi, wilayah Jiangsu, China.

JIANGSU, CHINA: Sembilan orang terbunuh manakala 10 lagi cedera apabila satu letupan gas berlaku di sebuah restoran di bandar Wuxi, wilayah Jiangsu, China.
Menurut pihak berkuasa tempatan, restoran tersebut terletak di deretan rumah kedai tiga tingkat.
Para peniaga menyatakan, letupan itu tercetus dari botol-botol gas yang disimpan di tingkat bawah tanah, sekali gus memusnahkan tembok dan tingkap kedai-kedai yang terletak 100 meters dari kawasan itu.
Lebih 200 anggota keselamatan dikerahkan ke tempat kejadian.
Minggu lalu, tiga orang terbunuh dan dua lagi cedera apabila sebuah jejatas runtuh di bandar yang sama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.